Tuesday, October 2, 2018

MINGGU 2

19 SEPTEMBER 2018

MEMBAJA TANAH

Pada minggu kedua,kami telah pun memulakankan aktiviti membaja tanah.Kami menggunakan baja organik (baja asli) Mas Hitam 5 dalam 1 kerana ia baja yang berkualiti dan menjadikan tanaman lebih subur.Seterusnya tanah perlu dibiarkan selama 2 hari agar tanah itu betul-betul sudah kering.


MEMBUAT ALUR

Selepas itu,kami menggunakan penanaman secara alur. Sebanyak empat alur telah telah dibuat dengan jarak tanaman yang sama antara alur .Tujuan alur dibuat supaya tanaman nanti tidak tumbuh terlalu rapat antara satu sama lain.

MENYEMAI BIJI BENIH

Setelah hampir 2 hari,kami menggunakan kaedah penyemaian benih yang dilakukan pada waktu pagi.Benih yang kami dapat adalah benih pokok Kailan dengan Sawi Hijau.Bagi mengurangkan persaingan mendapat cahaya matahari dan nutrien ,biji benih perlu ditanam secara jarak semasa menabur benih di dalam alur batas. Kami menggunakan kaedah dengan mencampurkan biji benih dengan pasir.Nisbah yang kami gunakan adalah 1 benih bersamaan 10 pasir(1:10) dengan menggunakan skop penutup botol kecil.




MEMBUAT SUNGKUPAN

Selepas aktiviti penanaman biji benih,kami menutup batas yang terdedah dengan menggunakan jaring hitam untuk mengekalkan kelembapan tanah dan mengawal rumpai.




PENYIRAMAN AIR DAN RACUN

Selepas tumbuhan itu ditanam di atas batas,tumbuhan itu perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan dengan air bersih. Seterusnya racun perlu disiram di keliling batas agar haiwan perosak tidak merosakkan tanaman di dalam batas.





No comments:

Post a Comment