24 OKTOBER 2018
(AMALI BAJA ORGANIK)
1. FISH AMINO ACID (FAA)
Bahan-bahannya:
1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000ml air
2. Isi ikan atau sisa ikan
3. Bekas plastik
4. Pisau
Setiap kumpulan di beri 4 bekas plastik untuk mengisi baja yang berbeza.
Selepas itu, sisa atau isi ikan yang telah dipotong kecil untuk memudahkan proses fermentasi perlu disebatikan dengan gula merah dengan nisbah 1:1 (80ml). Setelah dicampurkan, bekas perlu dilabelkan tarikh dan nama kumpulan. Bekas perlu ditutup dengan keadaan yang tidak ketat.
Selain itu, kami perlu menapis jus dan dicampurkan pada kadar 5ml untuk disiram ditanaman. Ikan yang sesuai untuk dibuat baja ialah ikan kembung, sardine dan tenggiri.
Pemerhatian: Warna bertukar kepada coklat gelap dan bau hanyir.
2. FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)
Bahan-bahannya:
1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000 ml air
2. Sisa sayuran berdaun hijau
3. Bekas plastik
4. Kertas putih A4
5. Pengikat
Memula sisa sayuran perlu dipotong kecil-kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi dengan mencampurkan gula merah pada nisbah 1:1 (100ml). Kemudian, bekas perlu dilabelkan seperti FAA dan tidak perlu ditutup dengan ketat untuk melepaskan gas yang ada. Baja ini perlu siap dalam jangka 2 minggu untuk mendapatkan jus semasa ditapis.
3. FEMENTED FRUIT JUICE (FFJ)
Bahan-bahannya :
1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000 ml air
2. Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam.
3. Bekas plastik
4. Kertas putih A4
Kami perlu memotong pisang secara kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi dengan campurkan gula merah pada nisbah 1:1 (100ml). Semasa membuat proses ini, pisang juga boleh digantikan dengan nenas bagi mendapatkan nutrien yang sama. Selain pisang dan nenas, boleh juga digantikann dengan cuku dan betik, asalkan buah yang manis.
4. KULIT TELUR (CaP)
Bahan-bahannya:
1. Kulit telur yang telah dibasuh. Dikeringkan dalam oven selama 5minit
2. Cuka masak (100ml)
3. Bekas plastik
4. Kertas A4
Kami perlu menghancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses fermentasi dan perlu sukat hasil telur kulit telur yang telah dihancurkan. Selepas itu, kami perlu mencampurkan cuka ke dalam proses tersebut dengan nisbah 1:10 (1 sudu besar). Bekas tidak perlu ditutup dengan rapat bagi mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian tersebut.
5. AMALI RACUN ORGANIK
Bahan dan peralatan:
1. Bawang putih 6. Air hujan
2. Cili api 7. Pisau
3. Minyak masak
4. Sabun pencuci
5.Bekas yang bertutup
Bahan A (dipotong):
1.Bawang putih - 1 labu
2. Cili padi - 6 biji
3. Air hujan - 300ml
Kami perlu memotong bawang putih dan cili api kecil-kecil sebelum dimasukkan ke dalam bekas dengan mencampurkan air hujan. Proses ini mengambil masa dalam 2 minggu untuk mendapatkan hasil racun organik.
Keputusan selepas 2minggu pemerhatian :
FAA bertukar warna kepada coklat gelap dan bau FAA ialah hanyir. Selain itu, FPJ pula bertukar warna coklat gelap dan bau yang sangat hapak manakala FFJ terdapat warna kuning gelap bertukar kepada coklat gelap dan bau masam. Akhir sekali, CaP bertukar warna dari keruh kepada coklat cair dan bau pada CaP ialah hapak kerana gabungan cuka.
No comments:
Post a Comment