PROSES PENYEDIAAN TANAH SEBELUM MENANAM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan
ini saya ingin memperkenalkan terlebih dahulu ahli kumpulan terdiri daripada
empat orang perempuan iaitu Nur Izzati Bt Jaafar Sidek,
Nor Farahin Bt Md Danial, Nur Hamizah Bt Abdul Rasid & Nor Fatihah Bt Md Afif.
Nor Farahin Bt Md Danial, Nur Hamizah Bt Abdul Rasid & Nor Fatihah Bt Md Afif.
12 SEPTEMBER 2018
Pada
hari pertama, kami mem buat ukuran batas iaitu lebar 5 kaki, panjang 10
kaki,jarak antara batas 2 kaki dan jarak antara kepala dengan kaki ialah 4
kaki. Kami mengukur dengan menggunakan tali pengukur supaya setiap ukuran batas
di ukur dengan sama.
Semasa
membuat batas, terdapat beberapa peralatan yang digunakan seperti cangkul
kegunaannya untuk membersihkan tanah dari rumpai yang harus dibuang. Selepas
siap mencangkul, kami akan menggunakan pongkas untuk membuang sampah (rumpai
yang dicabut & mengangkat tanah)
Selain
itu, kami diajar cara menggunakan teknik moden petani dengan menggunakan mesin
penggembur tanah. Penggunaan mesin tersebut lebih menjimatkan masa dan kerja
mngembur tanah lebih cepat berbanding menggunakan cangkul.
Akhir
sekali, selepas selesai menggembur tanah, kami perlu meletakkan papan
disekeliling batas dengan ukuran yang betul dengan mengecat papan tersebut
dengan warna hitam dan kemas batas.
Sekian
terima kasih.
No comments:
Post a Comment