Wednesday, November 21, 2018

MINGGU 11


                                                            PENANAMAN JAGUNG

                                                                  31 OKTOBER 2018

Dalam minggu ke 11 kami diajar mengenai cara menanam jagung dengan betul.

Ketika ingin menanam jagung, tanah perlulah digemburkan semula untuk mendapatkan tanah yang sekata selepas menanam sayur. Oleh itu, kami perlu membersihkan tanah daripada rumpai yang ada. Sebelum menanam jagung, kami perlu merendam biji benih jagung sebanyak 30biji selama 2jam sebelum ditanam.




Selepas merendam biji jagung selama 2jam, kami perlu menanam biji jagung tersebut dengan cara zigzag di dalam batas. Penanaman jagung tidak perlu terlalu dalam denagn anggaran 2cm. Mempunyai jarak antara benih lain iaitu sejengkal.


 Seterusnya, batas yang telah di tanam biji jagung perlulah disekup untuk mengelakkan biji jagung diganggu oleh serangga perosak seperti semut.

Akhir sekali, setelah disekup, batas tersebut perlulah disiram menggunakan air kerana air dan cahaya yang mencukupi akan menyuburkan tanaman.

Thursday, November 15, 2018

MINGGU 10



14 November 2018


PEMBIAKAN TUT/ MARKOT

Asalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi..

Pada minggu ini,kami akan berkongsi ilmu pembiakan tanaman yang baru sahaja kami pelajari iaitu PEMBIAKAN TUT atau MARKOT.Pembiakan Tut /Markot merupakan satu proses untuk membiakkan pokok dengan cara membuang lapisan kulit dahan pokok.Selain itu,pembiakan tut juga merupakan salah satu daripada kaedah pembiakan tampang dmana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan.


Pembiakan tut boleh dibahagikan kepada 2 jenis cara membiak :-
  • Melalui udara - tut yang dibuat tidak berada di atas tanah.
  • Melalui lentur - tut berada di atas tanah.

Kelebihan Tut
  • Tanaman baru lebih cepat matang
  • Ciri pokok induk dapat diwarisi sepenuhnya.
Kelemahan Tut
  • Tanaman mudah tumbang kerana ketiadaan akar tunjang.
  • Tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk.
  • Perlu kemahiran membuat tut.
# Medium yang biasa digunakan adalah tanah dan cocopit.Jiffy pallet merupakan medium tanah yang dikeringkan ,dimampatkan dan direndam supaya medium kembang.
                         Jiffy pallet
     

Bahan yang diperlukan untuk pembiakan tut :-
  • Medium tanah dan cocopit ( medium tanah dan cocopit sebanyak nisbah 2:1)
  • Pisau lipat
  • Plastik putih
  • Penggalak akar
  • Tali rafia
Langkah membuat tut :-

1. Sediakan medium (2:1 jeffy).Medium digaul dengan rata dan campurkan sedikit air supaya melekit untuk mudah dibentuk seperti bebola bagi dilekapkan pada bahagian ranting yang hendak ditut.Buatkan kepalan tanah seperti bebola.

2. . Pilih dahan pokok yang sihat( 1 cm atau lebih garis pusat) , tiada ranting kecil pada tempat untuk melakukan tut.


3. Buatkan 2 kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 2.5cm hingga 5cm dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.


                                           Melakukan kelaran mengelilingi dahan

4.Kemudian,sapukan hormon penggalak akar di bahagian kelaran atas.

                                                          Meletakkan penggalak akar

5. Ikatkan plastik d bahagian kelaran bawah, kemudian lekatkan media yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi,pastikan tanah itu padat dan melekat dengan baik.


Letakkan kepalan tanah di dahan pokok


6.Bungkuskan kepalan tanah dengan plastik putih dan diikat pada kedua-dua hujungnya.


 
Bungkuskan kepalan tanah dengan menggunakan plastik putih


7.Selepas 1-2 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawahnya.Kemudian buang plastik pembungkus dan tanam di dalam pasu.


Pesanan : pembiakan tut ini tidak boleh dilakukan pada semua jenis pokok,kebanyakkan pokok yang boleh dilakukan pembiakan cara tut ada pokok hiasan.Antaranya ialah pokok durian,jambu,pulasan dan banyak lagi.












Friday, November 9, 2018

MINGGU 9

Assalamualaikum semua.. untuk minggu ini kami membuat video untuk projek kami. Antaranya ialah

1) fotosintesis
2) transpirasi
3) traslokasi
4) respirasi

Ini adalah video dari kami..


fotosintesis

https://drive.google.com/file/d/1zWjqeA-sNo1h4IHcuQKj4CO8KFVb1BX9/view?usp=sharing


respirasi

https://www.youtube.com/watch?v=qKSSG9ViT_U


translokasi


https://youtu.be/LQb011OXoAU


transpirasi

https://drive.google.com/file/d/1ROiCYEYJrC1dCSKZ_gHCk_WqaamawaIW/view?usp=sharing

MINGGU 8

Penuaian, Pembungkusan dan Penjualan Hasil Tanaman Sayur.

ASALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. 

Pada minggu ke-8 ini, kami dan kumpulan yang lain diberi tugasan untuk menuai  dan menjual hasil tanaman sayur yang telah kami tanam selama 7 minggu.

1. Semasa menuai sayur
Kami diarahkan oleh pengajar untuk mencabut sayur yang telah matang sahaja.


2. Semasa proses membersihkan sayur.
Semua sayur yang telah dituai perlu di basuh sehingga bersih sebelum melakukan proses yang seterusnya.

    
              

3. Semasa proses menimbang.
Sayur yang telah dibasuh perlulah ditimbang dahulu sebelum dibungkus. Bagi sayur bayam hijau dan bayam merah, kami disuruh menjual dengan harga RM1.50 sebanyak 400gram, manakala bagi sayur sawi dan pakcoy pula kami diarahkan untuk menjual dengan harga RM2.00 sebanyak 200gram.




4. Semasa proses pembungkusan.
Sayur yang telah ditimbang perlulah dibungkus kemas untuk dijual kepada pelanggan. Setiap sayur yang telah dibungkus perlu dilekatkan dengan label  yang telah disediakan.


    




4. Semasa proses menjual.
Akhir sekali selepas proses menuai, membersihkan, menimbang dan membungkus sayur, kami diarahkan untuk menjual kesemua sayur kepada pelanggan dengan harga yang telah ditetapkan. Kami menjual sayur mengikut harga pasaran.


  














Monday, November 5, 2018

MINGGU 7




 PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS
                                                                                          (BEBAWANG / BAHAGIAN TANAMAN)

Asalammualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca...

Pada minggu ini, kami telah pun mempelajari tentang pembiakan tumbuhan secara aseks iaitu pembiakan menggunakan bebawang/bahagian tanaman dan tanaman baji .Bebawang adalah batang tumbuhan yang mempunyai ruas yang sangat pendek dan juga daun berlendair yang keluar dari bahagian buku.Anak-anak bebawang keluar daripada pangkalnya.

Kami menggunakan bawang merah dan pokok bunga lili( spider lily)

              

                            

Kaedah pembiakan tumbuhan menggunakan bebawang :-
  1. Sediakan medium semaian.Masukkan campuran medium setengah sahaja  ke dalam bekas semaian dan ratakan dengan menggunakan sudip tangan.

                               


2.  Seterusnya,potong bebawang pada beberapa bahagian serta buang bahagian yang tidak perlu untuk ditanam.Untuk bawang merah boleh dibahagikan mengikut kesesuaian dengan pastikan setiap bahagian bawang yang dipotong untuk ditanam mempunyai bahagian tunas,tengah serta akarnya.



3. Akhir sekali, tanam terus ke dalam medium dalam keadaan separuh bahagian berada di dalam tanah.



Inilah susunan tanaman melalui pembiakan bebawang.Pemerhatian akan direkodkan setelah beberapa hari...




Pesanan : Cara penanaman hampir sama dengan rizom dan umbisi kerana dibahagikan kepada beberapa bahagian sebelum ditanam akan tetapi pemerhatian terhadap bebawang perlu dititikberatkan.

                                                                                                          
                                                                                                                           (CANTUMAN BAJI)

Tanaman baji merupakan cantuman di antara dua cantuman pucuk pokok yang dikenali sebagai sion (pokok yang berbunga) dan pokok yang menerima (penanti). waktu yang baik untuk membuat cantuman baji ini adalah ketika waktu redup/mendung yang tidak terlalu terus pada cahaya. kedua-dua pokok ini hahuslah sihat dan bebas dari serangan.




cara-cara cantuman:

1) potong pucuk yang sihat
2) bersihkan pucuk penanti
3) bersihkan pucuk sion tinggalkan hanya 3 helai daun dan di potong separuh
4) potong serong pada bahagian bawah pucuk sion dan belah ditengah-tengah pokok penanti

5) ikat menggunakan plaster dengan kemas sehingga mencantumkan kedua-dua pucuk pokok

6) tutup dengan plastik aiskrim dengan kemas dan ketat sehingga tiada air boleh memasuki ruang         cantuman.

cantuman baji ini hanya memerlukan cahaya sahaja. air tidak boleh terkena pada cantuman semasa proses cantuman ini dijalankan.


cantuman yang berjaya akan mengeluarkan bunga dalam masa 3 minggu



ini sahaja untuk minggu ini :)

Sunday, October 28, 2018

MINGGU 6

  24 OKTOBER 2018

    (AMALI BAJA ORGANIK)

Asalammualaikum. Untuk minggu ke 5 kami telah membuat ujikaji tentang amali baja organik. Tujuan amali ini adalah untuk membuat baja organik untuk tumbuhan. Terdapat 5 amali baja organik yang telah kami jalankan semasa minggu ke 6. Antaranya ialah:-

1. FISH AMINO ACID (FAA)

Bahan-bahannya:


  1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000ml air
  2. Isi ikan atau sisa ikan
  3. Bekas plastik
  4. Pisau
  
Setiap kumpulan di beri 4 bekas plastik untuk mengisi baja yang berbeza.

Selepas itu, sisa atau isi ikan yang telah dipotong kecil untuk memudahkan proses fermentasi perlu disebatikan dengan gula merah dengan nisbah 1:1 (80ml). Setelah dicampurkan, bekas perlu dilabelkan tarikh dan nama kumpulan. Bekas perlu ditutup dengan keadaan yang tidak ketat.

Selain itu, kami perlu menapis jus dan dicampurkan pada kadar 5ml untuk disiram ditanaman. Ikan yang sesuai untuk dibuat baja ialah ikan kembung, sardine dan tenggiri.

 

Pemerhatian: Warna bertukar kepada coklat gelap dan bau hanyir.



2. FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)

Bahan-bahannya:

1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000 ml air
2. Sisa sayuran berdaun hijau
3. Bekas plastik
4. Kertas putih A4
5. Pengikat

Memula sisa sayuran perlu dipotong kecil-kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi dengan mencampurkan gula merah pada nisbah 1:1 (100ml). Kemudian, bekas perlu dilabelkan seperti FAA dan tidak perlu ditutup dengan ketat untuk melepaskan gas yang ada. Baja ini perlu siap dalam jangka 2 minggu untuk  mendapatkan jus semasa ditapis.



3. FEMENTED FRUIT JUICE (FFJ)

Bahan-bahannya :

1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000 ml air
2. Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam.
3. Bekas plastik
4. Kertas putih A4

Kami perlu memotong pisang secara kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi dengan campurkan gula merah pada nisbah 1:1 (100ml). Semasa membuat proses ini, pisang juga boleh digantikan dengan nenas bagi mendapatkan nutrien yang sama. Selain pisang dan nenas, boleh juga digantikann dengan cuku dan betik, asalkan buah yang manis.



4. KULIT TELUR (CaP)

Bahan-bahannya:

1. Kulit telur yang telah dibasuh. Dikeringkan dalam oven selama 5minit
2. Cuka masak (100ml)
3. Bekas plastik
4. Kertas A4

Kami perlu menghancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses fermentasi dan perlu sukat hasil telur kulit telur yang telah dihancurkan. Selepas itu, kami perlu mencampurkan cuka ke dalam proses tersebut dengan nisbah 1:10 (1 sudu besar). Bekas tidak perlu ditutup dengan rapat bagi mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian tersebut.





5. AMALI RACUN ORGANIK

Bahan dan peralatan:

1. Bawang putih                    6. Air hujan
2. Cili api                              7.  Pisau
3. Minyak masak
4. Sabun pencuci
5.Bekas yang bertutup

Bahan A (dipotong):

1.Bawang putih - 1 labu
2. Cili padi - 6 biji
3. Air hujan - 300ml 

Kami perlu memotong bawang putih dan cili api kecil-kecil sebelum dimasukkan ke dalam bekas dengan mencampurkan air hujan. Proses ini mengambil masa dalam 2 minggu untuk mendapatkan hasil racun organik.




Keputusan selepas 2minggu pemerhatian :

FAA bertukar warna kepada coklat gelap dan bau FAA ialah hanyir. Selain itu, FPJ pula bertukar warna coklat gelap dan bau yang sangat hapak manakala FFJ terdapat warna kuning gelap bertukar kepada coklat gelap dan bau masam. Akhir sekali, CaP bertukar warna dari keruh kepada coklat cair dan bau pada CaP ialah hapak kerana gabungan cuka. 



  

Monday, October 22, 2018

MINGGU 5


10 OKTOBER 2018
(PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

Asalammualaikum. Untuk minggu ke 5 kami telah membuat ujikaji tentang percambahan biji benih. Tujuan ujikaji ini adalah untuk melihat keadaan percambahan biji benih. Terdapat 3 ujikaji yang telah kami jalankan semasa minggu ke 5. Antaranya ialah:-

1. Keperluan percambahan

Bahan-bahan:
- bekas platik
- kapas
- biji benih kacang merah

Setiap kumpulan diberi 8 bekas plastik dan perlu meletakkan sedikit kapas disetiap bekas.  




Selepas itu, setiap bekas yang telah berisi kapas perlu diletakkan 10 biji benih. Setiap bekas yang telah diisi biji benih diletakkan dalam keadaan yang berbeza dari segi kehadiran cahaya, air, oksigen dan suhu. Hal ini untuk menguji percambahan biji benih dalam keadaan yang berbeza.
  




2. Mengakaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

Bahan-bahan:
- tabung uji
- kapas
- biji benih kacang merah
- minyak masak
- air didih yang telah disejukkan

Ujikaji yang ke-2 ini pula, kami menggunakan 5 unit tabung uji dan mengisi tabung uji dengan sedikit kapas. Setiap tabung uji diisi dengan 3 biji biji benih. Ujikaji ini juga bertujuan untuk melihat percambahan biji benih dalam keadaan yang berbeza dari segi kehadiran air, udara, suhu dan cahaya. Terdapat 1 tabung uji tanpa kapas yang diletak minyak pada permukaan air dalam radas. Ujikaji ini mengambil masa seminggu untuk melihat hasil percambahan biji benih.
  




3. Percambahan Epigeal dan Hipogeal

Bahan-bahan:
- bekas plastik
- biji benih kacang merah dan jagung
- peat moss
Kami diberi 2 bekas plastik dan perlu mengisi 60ml peat moss dalam kedua-dua bekas plastik tersebut. Bekas plastik yang pertama perlu diisikan 2 biji benih kacang dan pada bekas kedua perlu diisikan dengan 2 biji benih jagung. Kemudian kedua-dua bekas yang telah diisi dengan biji benih perlu direnjiskan sedikit air. Bacaan percambahan biji benih perlu dicatit setiap hari selama seminggu.




KEPUTUSAN BAGI KETIGA-TIGA UJIKAJI

Keputusan setelah seminggu ujikaji dijalankan adalah terdapat biji benih yang bercambah dan ada juga biji benih yang tidak bercambah. Percambahan biji benih terhasil mengikut keadaan.