Thursday, November 15, 2018

MINGGU 10



14 November 2018


PEMBIAKAN TUT/ MARKOT

Asalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi..

Pada minggu ini,kami akan berkongsi ilmu pembiakan tanaman yang baru sahaja kami pelajari iaitu PEMBIAKAN TUT atau MARKOT.Pembiakan Tut /Markot merupakan satu proses untuk membiakkan pokok dengan cara membuang lapisan kulit dahan pokok.Selain itu,pembiakan tut juga merupakan salah satu daripada kaedah pembiakan tampang dmana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan.


Pembiakan tut boleh dibahagikan kepada 2 jenis cara membiak :-
  • Melalui udara - tut yang dibuat tidak berada di atas tanah.
  • Melalui lentur - tut berada di atas tanah.

Kelebihan Tut
  • Tanaman baru lebih cepat matang
  • Ciri pokok induk dapat diwarisi sepenuhnya.
Kelemahan Tut
  • Tanaman mudah tumbang kerana ketiadaan akar tunjang.
  • Tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk.
  • Perlu kemahiran membuat tut.
# Medium yang biasa digunakan adalah tanah dan cocopit.Jiffy pallet merupakan medium tanah yang dikeringkan ,dimampatkan dan direndam supaya medium kembang.
                         Jiffy pallet
     

Bahan yang diperlukan untuk pembiakan tut :-
  • Medium tanah dan cocopit ( medium tanah dan cocopit sebanyak nisbah 2:1)
  • Pisau lipat
  • Plastik putih
  • Penggalak akar
  • Tali rafia
Langkah membuat tut :-

1. Sediakan medium (2:1 jeffy).Medium digaul dengan rata dan campurkan sedikit air supaya melekit untuk mudah dibentuk seperti bebola bagi dilekapkan pada bahagian ranting yang hendak ditut.Buatkan kepalan tanah seperti bebola.

2. . Pilih dahan pokok yang sihat( 1 cm atau lebih garis pusat) , tiada ranting kecil pada tempat untuk melakukan tut.


3. Buatkan 2 kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 2.5cm hingga 5cm dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.


                                           Melakukan kelaran mengelilingi dahan

4.Kemudian,sapukan hormon penggalak akar di bahagian kelaran atas.

                                                          Meletakkan penggalak akar

5. Ikatkan plastik d bahagian kelaran bawah, kemudian lekatkan media yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi,pastikan tanah itu padat dan melekat dengan baik.


Letakkan kepalan tanah di dahan pokok


6.Bungkuskan kepalan tanah dengan plastik putih dan diikat pada kedua-dua hujungnya.


 
Bungkuskan kepalan tanah dengan menggunakan plastik putih


7.Selepas 1-2 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawahnya.Kemudian buang plastik pembungkus dan tanam di dalam pasu.


Pesanan : pembiakan tut ini tidak boleh dilakukan pada semua jenis pokok,kebanyakkan pokok yang boleh dilakukan pembiakan cara tut ada pokok hiasan.Antaranya ialah pokok durian,jambu,pulasan dan banyak lagi.












No comments:

Post a Comment