Sunday, October 28, 2018

MINGGU 6

  24 OKTOBER 2018

    (AMALI BAJA ORGANIK)

Asalammualaikum. Untuk minggu ke 5 kami telah membuat ujikaji tentang amali baja organik. Tujuan amali ini adalah untuk membuat baja organik untuk tumbuhan. Terdapat 5 amali baja organik yang telah kami jalankan semasa minggu ke 6. Antaranya ialah:-

1. FISH AMINO ACID (FAA)

Bahan-bahannya:


  1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000ml air
  2. Isi ikan atau sisa ikan
  3. Bekas plastik
  4. Pisau
  
Setiap kumpulan di beri 4 bekas plastik untuk mengisi baja yang berbeza.

Selepas itu, sisa atau isi ikan yang telah dipotong kecil untuk memudahkan proses fermentasi perlu disebatikan dengan gula merah dengan nisbah 1:1 (80ml). Setelah dicampurkan, bekas perlu dilabelkan tarikh dan nama kumpulan. Bekas perlu ditutup dengan keadaan yang tidak ketat.

Selain itu, kami perlu menapis jus dan dicampurkan pada kadar 5ml untuk disiram ditanaman. Ikan yang sesuai untuk dibuat baja ialah ikan kembung, sardine dan tenggiri.

 

Pemerhatian: Warna bertukar kepada coklat gelap dan bau hanyir.



2. FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)

Bahan-bahannya:

1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000 ml air
2. Sisa sayuran berdaun hijau
3. Bekas plastik
4. Kertas putih A4
5. Pengikat

Memula sisa sayuran perlu dipotong kecil-kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi dengan mencampurkan gula merah pada nisbah 1:1 (100ml). Kemudian, bekas perlu dilabelkan seperti FAA dan tidak perlu ditutup dengan ketat untuk melepaskan gas yang ada. Baja ini perlu siap dalam jangka 2 minggu untuk  mendapatkan jus semasa ditapis.



3. FEMENTED FRUIT JUICE (FFJ)

Bahan-bahannya :

1. Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2000 ml air
2. Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam.
3. Bekas plastik
4. Kertas putih A4

Kami perlu memotong pisang secara kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi dengan campurkan gula merah pada nisbah 1:1 (100ml). Semasa membuat proses ini, pisang juga boleh digantikan dengan nenas bagi mendapatkan nutrien yang sama. Selain pisang dan nenas, boleh juga digantikann dengan cuku dan betik, asalkan buah yang manis.



4. KULIT TELUR (CaP)

Bahan-bahannya:

1. Kulit telur yang telah dibasuh. Dikeringkan dalam oven selama 5minit
2. Cuka masak (100ml)
3. Bekas plastik
4. Kertas A4

Kami perlu menghancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses fermentasi dan perlu sukat hasil telur kulit telur yang telah dihancurkan. Selepas itu, kami perlu mencampurkan cuka ke dalam proses tersebut dengan nisbah 1:10 (1 sudu besar). Bekas tidak perlu ditutup dengan rapat bagi mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian tersebut.





5. AMALI RACUN ORGANIK

Bahan dan peralatan:

1. Bawang putih                    6. Air hujan
2. Cili api                              7.  Pisau
3. Minyak masak
4. Sabun pencuci
5.Bekas yang bertutup

Bahan A (dipotong):

1.Bawang putih - 1 labu
2. Cili padi - 6 biji
3. Air hujan - 300ml 

Kami perlu memotong bawang putih dan cili api kecil-kecil sebelum dimasukkan ke dalam bekas dengan mencampurkan air hujan. Proses ini mengambil masa dalam 2 minggu untuk mendapatkan hasil racun organik.




Keputusan selepas 2minggu pemerhatian :

FAA bertukar warna kepada coklat gelap dan bau FAA ialah hanyir. Selain itu, FPJ pula bertukar warna coklat gelap dan bau yang sangat hapak manakala FFJ terdapat warna kuning gelap bertukar kepada coklat gelap dan bau masam. Akhir sekali, CaP bertukar warna dari keruh kepada coklat cair dan bau pada CaP ialah hapak kerana gabungan cuka. 



  

Monday, October 22, 2018

MINGGU 5


10 OKTOBER 2018
(PERCAMBAHAN BIJI BENIH)

Asalammualaikum. Untuk minggu ke 5 kami telah membuat ujikaji tentang percambahan biji benih. Tujuan ujikaji ini adalah untuk melihat keadaan percambahan biji benih. Terdapat 3 ujikaji yang telah kami jalankan semasa minggu ke 5. Antaranya ialah:-

1. Keperluan percambahan

Bahan-bahan:
- bekas platik
- kapas
- biji benih kacang merah

Setiap kumpulan diberi 8 bekas plastik dan perlu meletakkan sedikit kapas disetiap bekas.  




Selepas itu, setiap bekas yang telah berisi kapas perlu diletakkan 10 biji benih. Setiap bekas yang telah diisi biji benih diletakkan dalam keadaan yang berbeza dari segi kehadiran cahaya, air, oksigen dan suhu. Hal ini untuk menguji percambahan biji benih dalam keadaan yang berbeza.
  




2. Mengakaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

Bahan-bahan:
- tabung uji
- kapas
- biji benih kacang merah
- minyak masak
- air didih yang telah disejukkan

Ujikaji yang ke-2 ini pula, kami menggunakan 5 unit tabung uji dan mengisi tabung uji dengan sedikit kapas. Setiap tabung uji diisi dengan 3 biji biji benih. Ujikaji ini juga bertujuan untuk melihat percambahan biji benih dalam keadaan yang berbeza dari segi kehadiran air, udara, suhu dan cahaya. Terdapat 1 tabung uji tanpa kapas yang diletak minyak pada permukaan air dalam radas. Ujikaji ini mengambil masa seminggu untuk melihat hasil percambahan biji benih.
  




3. Percambahan Epigeal dan Hipogeal

Bahan-bahan:
- bekas plastik
- biji benih kacang merah dan jagung
- peat moss
Kami diberi 2 bekas plastik dan perlu mengisi 60ml peat moss dalam kedua-dua bekas plastik tersebut. Bekas plastik yang pertama perlu diisikan 2 biji benih kacang dan pada bekas kedua perlu diisikan dengan 2 biji benih jagung. Kemudian kedua-dua bekas yang telah diisi dengan biji benih perlu direnjiskan sedikit air. Bacaan percambahan biji benih perlu dicatit setiap hari selama seminggu.




KEPUTUSAN BAGI KETIGA-TIGA UJIKAJI

Keputusan setelah seminggu ujikaji dijalankan adalah terdapat biji benih yang bercambah dan ada juga biji benih yang tidak bercambah. Percambahan biji benih terhasil mengikut keadaan.



Monday, October 8, 2018

MINGGU 4

PEMBIAKAN

Dalam minggu ke 4 kami diajar mengenai cara pembiakan pokok. dimana terdapat 2 cara iaitu:

i) seks - terdapat gamet jantan dan gamet betina
ii) aseks - pembiakan tampang

Antara sifat fizikal terhadap pembiakan sesuatu pokok

1) biji benih- durian, rambutan, manggis.
2) keratan batang- tebu, kektus, pokok puding.
3) daun- tapak itik "stawar" , lidah jin, pokok mak mertua.
4) anak pokok- pokok pisng, alovera, lidah buaya.
5) risom- pokok kunyit.

#keratan batang#

untuk memastikan pokok itu boleh dibiakan melalui keratan batang adalah dengan dahan dan juga rantingnya.

                                                     
                                                                        pokok kertas
                              ini adalah salah satu pokok yang di biakan melalui keratan batang

bahan-bahan:
- gunting
-penyodok kecil
-polybag kecil

langkah-langkah:

pertama-

campurkan kedua-dua jenis tanah iaitu tanah atas dengan tanah semaian


kedua:

masukan tanah kedalam polybag


keratan batang pokok hendaklah digunting daunnya ataupun boleh ditinggalkan sedikit pada hujung pucuk keratan batang itu.


selepas itu tanah yang telah di isi di dalam polybag hendaklah dibuat lubang untuk memudahkan proses mencucuk keratan di dalam polybag.

ketiga:

selepas daun dibuang, keratan batang pada bahagian bawah hendahlah di celup dengan air penggalak akar.


terdapat dua jenis bahan penggalak akar iaitu cecair dan juga serbuk.
bahan kimia yang terdapat dalam penggalak akar ini iailah IBA (indul burich acid).
kandungan yanf sesuai untuk penggalak akar adalah 01 & 02 sahaja.



                                                   penggalak akar serbuk



                                                     penggalak akar cecair

keempat:

keratan batang dicucuk pada tanah yang sudah di isi dalam polybag


akhir sekali,


Friday, October 5, 2018

MINGGU 3 (lab experiment report)

BATAS 7

NOR FARAHIN BINTI MD DANIAL (A18PP0116)
NOR FATIHAH BINTI MD AFIF (A18PP0117)

https://drive.google.com/file/d/1ftGcYMZERmela5WC3fMxuOawvCDmmOGs/view

BATAS 4

NUR IZZATI BT JAAFAR SIDEK (A18PP0150)
NUR HAMIZAH BT ABDUL RASID (A18PP0146)

https://drive.google.com/open?id=1XjI2mwThJ_NcgjSiGLtClXyz_yZkEGzW

Tuesday, October 2, 2018

MINGGU 2

19 SEPTEMBER 2018

MEMBAJA TANAH

Pada minggu kedua,kami telah pun memulakankan aktiviti membaja tanah.Kami menggunakan baja organik (baja asli) Mas Hitam 5 dalam 1 kerana ia baja yang berkualiti dan menjadikan tanaman lebih subur.Seterusnya tanah perlu dibiarkan selama 2 hari agar tanah itu betul-betul sudah kering.


MEMBUAT ALUR

Selepas itu,kami menggunakan penanaman secara alur. Sebanyak empat alur telah telah dibuat dengan jarak tanaman yang sama antara alur .Tujuan alur dibuat supaya tanaman nanti tidak tumbuh terlalu rapat antara satu sama lain.

MENYEMAI BIJI BENIH

Setelah hampir 2 hari,kami menggunakan kaedah penyemaian benih yang dilakukan pada waktu pagi.Benih yang kami dapat adalah benih pokok Kailan dengan Sawi Hijau.Bagi mengurangkan persaingan mendapat cahaya matahari dan nutrien ,biji benih perlu ditanam secara jarak semasa menabur benih di dalam alur batas. Kami menggunakan kaedah dengan mencampurkan biji benih dengan pasir.Nisbah yang kami gunakan adalah 1 benih bersamaan 10 pasir(1:10) dengan menggunakan skop penutup botol kecil.




MEMBUAT SUNGKUPAN

Selepas aktiviti penanaman biji benih,kami menutup batas yang terdedah dengan menggunakan jaring hitam untuk mengekalkan kelembapan tanah dan mengawal rumpai.




PENYIRAMAN AIR DAN RACUN

Selepas tumbuhan itu ditanam di atas batas,tumbuhan itu perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan dengan air bersih. Seterusnya racun perlu disiram di keliling batas agar haiwan perosak tidak merosakkan tanaman di dalam batas.