Tuesday, September 18, 2018

MINGGU 1


PROSES PENYEDIAAN TANAH SEBELUM MENANAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan ini saya ingin memperkenalkan terlebih dahulu ahli kumpulan terdiri daripada empat orang perempuan iaitu Nur Izzati Bt Jaafar Sidek,
Nor Farahin Bt Md Danial, Nur Hamizah Bt Abdul Rasid & Nor Fatihah Bt Md Afif.

12 SEPTEMBER 2018

Pada hari pertama, kami mem buat ukuran batas iaitu lebar 5 kaki, panjang 10 kaki,jarak antara batas 2 kaki dan jarak antara kepala dengan kaki ialah 4 kaki. Kami mengukur dengan menggunakan tali pengukur supaya setiap ukuran batas di ukur dengan sama.




Semasa membuat batas, terdapat beberapa peralatan yang digunakan seperti cangkul kegunaannya untuk membersihkan tanah dari rumpai yang harus dibuang. Selepas siap mencangkul, kami akan menggunakan pongkas untuk membuang sampah (rumpai yang dicabut &  mengangkat tanah)



Selain itu, kami diajar cara menggunakan teknik moden petani dengan menggunakan mesin penggembur tanah. Penggunaan mesin tersebut lebih menjimatkan masa dan kerja mngembur tanah lebih cepat berbanding menggunakan cangkul.



Akhir sekali, selepas selesai menggembur tanah, kami perlu meletakkan papan disekeliling batas dengan ukuran yang betul dengan mengecat papan tersebut dengan warna hitam dan kemas batas.

   
Sekian terima kasih.